Olive Miswak (Kayu Sugi Zaitun)

RM5.00

Olive Miswak (Kayu Sugi Zaitun)

1pc

Sabda Rasulullah ﷺ :

“Jika tidak kerana bimbangkan membebankan umatku nescaya akan aku perintahkan mereka bersugi setiap kali waktu solat.”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Antara kelebihan bersugi :

 Membersihkan mulut.

 Mendapat keredhaan Allah.

 Tidak disukai syaitan.

 Allah dan Malaikat mengasihi orang yang bersugi.

 Mengharumkan mulut.

 Menguatkan gusi.

 Menguatkan gigi.

 Menghapuskan Safra (Sejenis penyakit).

 Menghilangkan kahak.

 Menghilangkan bau mulut.

KELEBIHAN BERSUGI DARI SUDUT SAINS :

 Mengurangkan kadar bakteria berbanding penggunaan berus gigi.

 Berkesan menghapuskan plak berbanding berus gigi.

 Mempunyai ANTIBAKTERIA ASID yang berfungsi untuk membunuh bakteria, mencegah infeksi dan menghentikan pendarahan pada gusi.

 Mempunyai aroma MINYAK yang memiliki rasa dan bau yang segar malah menjadikan mulut menjadi harum dan menghilangkan bau yang kurang sedap.

 Mengandungi ENZIM yang mencegah pembentukan plak yang menyebabkan radang gusi. Plak juga menjadi penyebab utama tanggalnya gigi secara pramatang.

 Mengandungi ANTIDECAY AGENT (zat anti pembusukan) yang menurunkan jumlah bakteria dalam mulut dan mencegah proses pembusukan.

 Merangsang pengeluaran air liur yang lebih, di mana ia merupakan organik mulut yang melindungi dan membersihkan mulut.

Mari kita hidupkan amalan sunnah Rasulullah ﷺ. 

KAYU SUGI sangat sesuai untuk semua peringkat usia hatta kanak-kanak sekalipun.

Caranya dengan menggigit hujung kayu sampai jadi bulu macam berus dan gosokkan pada gigi. Tak perlu letak ubat gigi.

Insya’Allah Kayu Sugi ini bertahan dalam 3-4 minggu. Bergantung pada kekerapan kita bersugi.

Cara penggunaan Kayu Sugi untuk kanak-kanak :

Kuis-kuis sikit je pada gigi anak sehingga bersih.

Olive Miswak (Kayu Sugi Zaitun)