Shafeeca® Authentic Pure Honey Sticks

RM30.00RM140.00

Shafeeca® Authentic Pure Honey Sticks

Keistimewaan madu lebah Yaman adalah kerana pokok-pokok sidr nya yang terpelihara di kawasan pergunungan Hadramawt. Manakala lebah yang menghasilkan madu di pergunungan Hadramawt itu pula jenis lebah yang khusus memakan debunga sidr sahaja.

Pengumpulan madu lebah pula diusahakan secara tradisional. Dengan mengambil kira kebersihan selenggaraan bagi menjaga kualiti madu menjadikan madu lebah dari negara Yaman sangat bernilai tinggi kualitinya.

Hanya madu yang asli yang belum diproses tanpa di campur bahan awet adalah yang terbaik. Nilai madu Sidr yang tinggi adalah disebabkan oleh nilai perubatan serta kesukaran untuk memperolehinya. Ianya  madu yang paling mahal kerana dipercayai mempunyai unsur perubatan, unsur mempermuda selain dari kosmetik serta kualiti afrodisiak.

Madu Sidr dan Summur dari Lembah Hadramawt dikatakan sebagai madu terbaik dan termahal di dunia serta mendapat permintaan yang cukup tinggi dari seluruh pelusuk dunia kerana dipercayai dapat menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Madu Sidr dan Madu Summur kedua-duanya adalah madu mono-floral di mana lebah-lebah madu Sidr hanya menghisap nektar bunga Sidr, manakala lebah-lebah madu Summur hanya menghisap nektar dari bunga Summur (atau samrah). Ia tidak mengambil nektar dari bunga-bunga lain, berbeza dengan madu poly-floral yang lebah-lebahnya menghisap nektar dari pelbagai jenis bunga.

Dari segi kualiti dan khasiat, madu mono-floral adalah lebih baik, dan jumlah madu yang dihasilkan juga agak terhad menjadikan harganya lebih mahal berbanding madu-madu asli yang lain. Warna dan aroma madu sangat bergantung pada nektar bunga yang menjadi makanan sang lebah.

KEBAIKAN MADU YAMAN

1. Beberapa penemuan perubatan telah membuktikan madu Yaman boleh menyembuhkan ulser di dalam perut mahu pun di atas permukaan kulit. Ia juga dapat melegakan cirit-birit, meredakan masalah sukar tidur, menghilangkan rasa panas matahari pada kulit dan melegakan sakit tekak.
2. Golongan penyanyi dan penyair dari zaman dahulu kala lagi telah lama menggunakan madu Yaman untuk menjaga kualiti dan prestasi suara mereka.
3.Bagi mereka yang terlalu mementingan pemakanan, menggunakannya madu Yaman merupakan langkah terbaik menggantikan gula di dalam pemakanan harian.Ini kerana manisnya madu Yaman adalalah dari kandungan glukos yang tinggi, sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis dan darah tinggi.Ia menjadikan seseorang itu lebih bertenaga malah membantu kita agar berasa kenyang lebih lama dari biasa.
3. Pasangan yang lama atau baru berkahwin amat sesuai menggunakan madu Yaman sebagai makanan sokongan membantu prestasi dalam hubungan seks mereka.

KEGUNAAN MADU YAMAN :

Selain daripada penggunaan perubatan madu Yaman sebagai makanan, ia juga sesuai digunakan untuk luaran seperti:

1. Keguguran rambut
Masukkan satu stick madu, satu sudu teh serbuk kulit kayu manis ke dalam minyak zaitun suam. Buatkan satu campuran pekat dan lumurkannya ke kepala anda sebelum mandi. Biarkan pada kulit kepala/rambut selama 5 15 minit. Kemudian bilas rambut.

2. Jangkitan kulit
Sapukan madu Yaman dan serbuk kulit kayu manis dalam bahagian yang sama pada tempat yang terjejas dan bermasalah. InsyaAllah boleh merawat ekzema, kurap dan apa juga jenis jangkitan kulit.

3. Masalah gemuk
Minum madu Yaman setiap hari pada waktu pagi – Sebelum sarapan ketika perut kosong dan pada waktu malam sebelum tidur. Campuran madu dan serbuk kulit kayu manis dimasak dalam satu cawan air. Cara pengambilan ini boleh mengurangkan berat badan seseorang itu sekalipun orang itu terlalu gemuk. Dengan meminum campuran ini selalu, lemak tidak akan terkumpul di dalam badan walaupun orang tersebut mungkin memakan makanan berkalori tinggi.

4. Keletihan
Kajian terbaru telah menunjukkan yang kandungan madu lebih membantu dalam menghasilkan tenaga dan menjana kekuatan badan. Warga tua yang mengambil madu dan serbuk kulit kayu manis dalam bahagian yang sama, akan menjadi lebih cergas dan fleksibel. Untuk memiliki tenaga yang berlebihan, seseorang dinasihatkan minum 1 sudu makan madu (1 stick) yang dikacau ke dalam segelas air dan disira dengan serbuk kulit kayu manis. Minum setiap hari pada jam 3 petang semasa tenaga badan sudah mula berkurangan. Pengambilan ini perlu dilakukan dalam masa seminggu berturut-turut setiap hari.

5. Nafas busuk
Bagi mengekalkan nafas segar sepanjang hari, berkumur dengan satu sudu besar madu Yaman dan serbuk kulit kayu manis sebaik sahaja terjaga dari tidur amat membantu bagi mereka yang mengalami masalah nafas berbau.

  • • Meningkatkan keupayaan tenaga fizikal
  • • Mencerahkan mata dan menguatkan gigi.
  • • Mencergaskan otak orang dewasa dan kanak-kanak.
  • • Menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
  • • Mempercepatkan penyembuhan luka terbuka, melawan jangkitan dan meningkatkan daya ketahanan badan.
  • • Mengubati kepanasan badan, batuk, selsema, meredakan urat saraf, menstabilkan sistem pernafasan, menguatkan jantung, mengelakkan kencing manis, darah tinggi dan melembapkan kerongkong serta menghilangkan serak suara.
  • • Merawat penyakit dalam perut dan melancarkan sistem pencernaan. MADU LEBAH juga merupakan bahan peneutral yang bertindak menyingkirkan toksik, serta memecahkan lebihan lemak dalam sistem tubuh.
  • • MADU LEBAH mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh yang demikian ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut. Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas (sapukan).
  • • MADU LEBAH adalah punca semulajadi untuk tenaga segera! Ia membekalkan sumber tenaga yang tinggi, mencegah keletihan dan boleh mempertingkatkan keupayaan atlit sukan.

Khasiat Berterusan Madu Lebah
Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manafaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti:-•

Kencing manis

• Barah / Kanser

• Mata kelabu

• Letih/Lesu/Tenant

• Tenaga batin/Seks

• Lendir/Kahak

• Penyeri muka

• Awet muda

• Pendarahan otak

• Gastrik

• Gagap

• Bersalin – senang

• Batuk

• Penyakit Kulit

• Sakit Telinga

• Lemah jantung

• Jerawat

• Pening

• Pekak

• Lumpuh

• Uban (Berpenyakit)

• Susah tidur

• Sakit sendi

• Sembelit

• Selsema

• Sakit puan

• Resdung

• Darah tinggi

• Sakit kepala

• Angin

• Luka

• Keputihan

• Bintik-bintik hitam

• Rambut gugur

• Sakit pinggang

• Terbakar

• Haid

• Buasir

• Batuk kering

• Lupa

• Keracunan Makanan

• Asma/Lelah

• Kurang darah

• Alahan/Allergic

• Kanak-kanak (Sihat)

• Dan lain-lain.

Shafeeca® Authentic Pure Honey Sticks
Shafeeca® Authentic Pure Honey Sticks
RM30.00RM140.00 Select options